Sekurang-kurangnya 14 orang dilapor terbunuh dan lebih 38 yang lain cedera selepas serangan bom melanda perbandaran Cajibio di selatan Colombia pada Sabtu.
Serangan di jabatan Cauca itu mencederakan lima kanak-kanak, Setiausaha Kesihatan Cauca, Carolina Camargo, memberitahu program berita televisyen tempatan, lapor Xinhua memetik Associated Press (AP).
Xinhua melaporkan, menurut media tempatan, sebutir bom jatuh ke atas sebuah bas di bahagian El Tunel di Lebuhraya Pan-Amerika yang menghubungkan Cali dan Popayan. Imej dalam talian menunjukkan kerosakan teruk pada bumbung dan tingkap bas, serta lebuh raya.























