Erika Guevara Rosas dari Amnesty International menolak komen perdana menteri Israel bahawa layanan buruk terhadap aktivis flotila Gaza adalah sesuatu yang luar biasa yang tidak mencerminkan “norma” di Israel, menurut berita Al Jazeera.
“Walaupun ratusan aktivis [flotila] yang ditahan secara haram oleh Israel sedang dalam perjalanan pulang ke negara mereka, tahanan Palestin perlu terus menanggung penderaan yang tidak terkata,” tulis peguam hak asasi manusia itu.
“Penggunaan sistematik penahanan pentadbiran Israel – menahan rakyat Palestin tanpa pertuduhan atau perbicaraan – merupakan asas sistem apartheidnya,” kata Erika.
“Penyeksaan dan layanan buruk lain terhadap tahanan Palestin telah menjadi realiti kejam selama beberapa dekad dan hanya meningkat dalam tempoh tiga tahun lalu.”




























