Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran mengatakan ia telah menyelesaikan pusingan serangan terbarunya, lapor Aljazeera.
Serangan – yang bermula pada waktu fajar hari ini (Selasa) – menyasarkan kawasan di Beit Shemesh, Tel Aviv dan Baitulmaqdis yang diduduki Israel, kata IRGC dalam satu kenyataan yang diterbitkan oleh agensi berita ISNA Iran.
Serangan juga menyasarkan tentera AS di Pangkalan Udara Ali al-Salem Kuwait, Fujairah UAE dan di Erbil Iraq, tambah kenyataan itu.
IRGC sebelum ini berikrar bahawa “tulang belakang keangkuhan akan dipatahkan di jalanan dan dataran” melalui operasi hari ini (Selasa).























