Seorang lelaki yang diculik oleh tentera Israel semasa serbuan di rumahnya di selatan Lubnan pagi ini telah dibebaskan, berita Aljazeera memetik laporan Agensi Berita Kebangsaan (NNA) Lubnan.
Dilaporkan sebelum ini, lelaki itu, seorang penduduk kampung Kfarchouba, telah dibawa semasa serbuan oleh tentera Israel, yang kemudiannya berundur ke kedudukan mereka di bukit-bukit yang mengelilingi pekan itu.























