Lubnan berkata lebih daripada satu juta orang kini telah kehilangan tempat tinggal kerana perang Israel ke atas negara itu terus menghalau orang awam dari rumah mereka, lapor Aljazeera.
Dalam kemas kini harian terbarunya, pihak berkuasa berkata ramai orang telah terpaksa mendaftar sebagai pelarian manakala puluhan ribu telah mencari perlindungan di tempat perlindungan kecemasan, berita Aljazeera memetik laporan Agensi Berita Kebangsaan (NNA) Lubnan.
Pegawai melaporkan “jumlah orang yang kehilangan tempat tinggal yang mendaftar sendiri mencecah 1,049,328 dan jumlah orang yang kehilangan tempat tinggal di tempat perlindungan mencecah 132,742.”
“Jumlah kematian telah meningkat kepada 886 dan jumlah yang cedera kepada 2,141,” mereka mengesahkan.























