Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi berkata serangan AS dan Israel telah membunuh ratusan orang awam di Iran, lapor Aljazeera.
“Laporan mendakwa bahawa beberapa negara jiran yang menjadi tuan rumah kepada pasukan AS dan membenarkan serangan ke atas Iran juga secara aktif menggalakkan pembunuhan beramai-ramai ini. Pendirian harus segera dijelaskan,” kata Araghchi.
The New York Times melaporkan sebelum ini bahawa Trump telah berhubung secara tetap dengan Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman, yang menyokong perang terbabit, menurut Aljazeera, tetapi sumber Saudi menafikan laporan itu kepada Al Arabiya.























