Pertempuran sedang berlaku antara Hizbullah dan pasukan penceroboh Israel di selatan Lubnan, lapor Ajazeera memetik Agensi Berita Kebangsaan (NNA) Lubnan.
Menurut Aljazeera, seorang koresponden NNA berkata, pertempuran itu berlaku di paksi Odaisseh-Taybeh, kawasan strategik yang telah menyaksikan aktiviti ketenteraan ketara semasa pencerobohan Israel ke atas Lubnan.
“Musuh cuba memasuki wilayah Lubnan di bawah bedilan bertubi-tubi dan tembakan,” lapor NNA.
“Sejumlah kenderaan tentera musuh juga diperhatikan mara dekat pekan sempadan selatan Yaroun dan Maroun al-Ras.”























