Gabenor wilayah Lorestan, Iran berkata 52 sekolah dan lima pusat perubatan rosak dalam serangan AS dan Israel setakat ini, lapor Aljazeera memetik agensi berita Tasnim.
Serangan itu telah memusnahkan lebih 2,500 unit kediaman dan komersial di 10 daerah Lorestan, manakala 13 pusat sukan dan dua pangkalan Bulan Sabit Merah serta penyelamat turut diserang, kata gabenor itu.























