Serangan Israel di selatan Lubnan sejak lewat Isnin telah membunuh sekurang-kurangnya 10 orang dan mencederakan beberapa orang lagi, menurut berita Xinhua memetik laporan Agensi Berita Kebangsaan (NNA) rasmi Lubnan pada Selasa.
Lapan orang terbunuh dalam serangan Israel di daerah Nabatieh, dan dua orang terbunuh apabila sebuah dron Israel melanda sebuah kereta di daerah Tyre, lapor NNA.
Terdahulu pada Selasa, Israel memberi amaran kepada penduduk di beberapa bahagian bandar selatan Tyre dan Sidon untuk berpindah.























