Dua orang terbunuh dalam serangan dron Israel yang menyasarkan sebuah kenderaan di selatan Lubnan pada Selasa, menurut berita Anadolu memetik laporan media Lubnan.
Menurut Anadolu, agensi berita negara NNA mengatakan dron itu menghentam kereta di perbandaran Qlaileh di daerah Tyre, menyebabkan dua orang terbunuh.
Tentera Israel melancarkan beberapa serangan udara di selatan Lubnan pada Selasa, sejurus selepas mengeluarkan arahan pemindahan segera untuk penduduk di kawasan selatan Sungai Litani.
Israel dan AS melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feb, membunuh lebih 1,200 orang dan mencederakan lebih 10,000 yang lain.
Konflik itu merebak ke Lubnan, dengan Israel melancarkan serangan udara maut yang setakat ini telah membunuh hampir 500 orang dan menyebabkan ratusan ribu orang kehilangan tempat tinggal sejak 2 Mac.
























