Presiden AS berkata Iran telah “membuat kesilapan besar” dengan memilih Mojtaba Khamenei sebagai pemimpin tertinggi baharu selepas bapanya terbunuh dalam serangan AS-Israel, lapor Aljazeera.
“Saya fikir mereka telah membuat kesilapan besar” dalam memilih Mojtaba Khameini, Trump memberitahu NBC News.
Dia sebelum ini menyifatkan anak Ayatollah Ali Khamenei sebagai “light weight”.
Trump juga berkata “terlalu awal untuk bercakap mengenai” merampas minyak Iran tetapi dia “tidak menolaknya”.























