Sebuah bangunan runtuh sebahagiannya susulan kebakaran besar dekat Stesen Pusat Glasgow di Scotland pada Ahad, memaksa penutupan stesen kereta api paling sibuk di negara itu dan menyebabkan gangguan meluas kepada perkhidmatan kereta api, lapor Xinhua memetik media British.
Kebakaran itu berlaku di sebuah kedai vape di Union Street di pusat bandar Glasgow dan merebak ke bangunan berdekatan, yang kemudiannya runtuh sebahagiannya ketika anggota bomba memadamkan api, kata BBC, menurut Xinhua.
Network Rail dilapor berkata Stesen Pusat Glasgow telah ditutup “sehingga diberitahu kelak” dan tidak akan dibuka semula pada pagi Isnin kerana perkhidmatan kecemasan terus menangani kejadian itu.
Tiada korban jiwa dilaporkan, menurut laporan.























