Tentera Israel terus menggempur negara itu, mendakwa ia sedang menyerang sasaran Hizbullah, manakala kementerian kesihatan negara itu mengatakan lebih 330 orang telah terbunuh sejak Isnin, 2 Mac, lapor Aljazeera.
Sementara itu, seluruh pinggir bandar selatan Beirut, yang menempatkan ratusan ribu penduduk, sekali lagi diancam oleh tentera Israel hari ini (Sabtu).
Menurut Aljazeera, dalam beberapa minit lalu, pasukannya di Lubnan melaporkan bahawa tentera Israel telah melancarkan serangan udara ke atas kawasan Jennata Heights di Lembah Bekaa di timur Lubnan, serta pekan Doueir, Ansar dan Jebchit di selatan Lubnan.























