Hizbullah berkata ia menyasarkan askar Israel dengan peluru berpandu di tapak Balat dekat sempadan Lubnan, lapor Aljazeera.
Dalam satu kenyataan, kumpulan itu berkata pejuangnya melepaskan tembakan peluru berpandu itu kira-kira jam 14:55 GMT (4:55 petang waktu tempatan) selepas memantau apa yang digambarkannya sebagai perhimpunan tentera Israel di lokasi terbabit.
Hizbullah berkata serangan itu mencapai “hentaman langsung”.























