Menteri Kewangan haluan kanan Israel, Bezalel Smotrich memberi amaran, seluruh kawasan pinggir bandar selatan Beirut, yang menempatkan ratusan ribu penduduk termiskin di bandar itu, akan menghadapi kemusnahan yang serupa dengan Gaza selepas tentera Israel mengeluarkan perintah pengusiran paksa untuk seluruh kawasan terbabit, lapor Aljazeera.
“Tidak lama lagi, Dahiyeh akan menyerupai Khan Younis”, kata Smotrich, merujuk kepada sebuah bandar selatan Gaza yang telah rosak teruk semasa perang genosid Israel di kawasan terbabit.
“Hizbullah telah melakukan kesilapan, dan ia akan membayar harga yang tinggi. Kami sedang menyerang kepala sotong kurita di Iran, dan pada masa yang sama kami akan memutuskan lengan Hizbullah,” katanya dalam satu kenyataan video semasa dia melawat sempadan utara Israel, lapor Aljazeera.























