Anak lelaki Shah Iran yang digulingkan, Reza Pahlavi, menyeru pegawai Republik Islam untuk “menyerahkan kuasa dengan segera” susulan pembunuhan pemimpin tertinggi Iran, lapor Aljazeera.
Menurut Aljazeera, dia dalam satu kenyataan di X berkata, sebarang percubaan untuk melantik pengganti Ali Khamenei akan gagal, dengan alasan bahawa sesiapa yang menggantikannya akan kekurangan legitimasi.























