Sebuah bot nelayan berbendera Turki diserang dan karam di luar pantai utara Laut Hitam, menyebabkan seorang kelasi terbunuh dan empat yang lain cedera, kata Pengawal Pantai Turki lewat Jumaat, menurut berita AP.
Duru 67 diserang di barat Sevastopol di Crimea awal Jumaat, menurut kenyataan Perintah Pengawal Pantai, lapor AP.
Lima kelasi yang (pada mulanya) cedera diselamatkan oleh sebuah lagi kapal pukat tunda, Burak Kaya, tetapi seorang meninggal dunia dalam perjalanan pulang ke Turki, menurut berita itu.
Sebuah vesel Pengawal Pantai yang membawa pasukan perubatan tiba di Burak Kaya 115 batu nautika (213 kilometer, 132 batu) di utara pelabuhan Inebolu Turki dan mangsa ditempatkan di atas kapal.
Selepas pelayaran pulang selama 15 jam, mereka yang cedera dipindahkan ke sebuah hospital di ibu kota wilayah Kastamonu, AP memetik laporan agensi berita Anadolu yang dikendalikan oleh kerajaan.



























