Tujuh pemain berusia 40 tahun ke atas dilaporkan bakal bermain di Piala Dunia FIFA 2026.
Menurut laporan 3 Jun oleh laman web Anadolu, antaranya ialah Cristiano Ronaldo dari Portugal, yang pada usia 41 tahun bakal membuat penampilan keenamnya di Piala Dunia apabila kejohanan itu diadakan di AS, Kanada dan Mexico dari 11 Jun hingga 19 Julai.
Penjaga gol Scotland, Craig Gordon, akan menjadi pemain tertua di kejohanan itu pada usia 43 tahun dan 162 hari, menurut Anadolu.
Tujuh pemain berumur 40 tahun ke atas dijangka akan beraksi di Piala Dunia FIFA 2026 ialah:
- Craig Gordon (Scotland): Pada usia 43 tahun, penjaga gol veteran ini akan menjadi pemain tertua di kejohanan itu.
- Cristiano Ronaldo (Portugal): Penyerang berusia 41 tahun ini bakal menjadi pemain pertama yang akan beraksi dalam enam Piala Dunia.
- Luka Modric (Croatia): Pemain tengah berusia 40 tahun ini kekal sebagai seorang daripada pemain utama Croatia menjelang kejohanan itu.
- Manuel Neuer (Jerman): Penjaga gol Jerman yang berusia 40 tahun telah dipilih lagi untuk kempen Piala Dunia.
- Edin Dzeko (Bosnia dan Herzegovina): Penyerang berusia 40 tahun ini dijangka terus mengetuai serangan negaranya.
- Guillermo Ochoa (Mexico): Penjaga gol berusia 40 tahun ini bakal dimasukkan ke dalam skuad Piala Dunia negara tuan rumah buat kali keenam.
- Vozinha (Cape Verde): Penjaga gol berusia 40 tahun ini dijangka menjadi sebahagian daripada skuad Cape Verde untuk penampilan pertamanya di Piala Dunia.




























