Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan lebih 50 yang lain cedera pada Isnin dalam perlanggaran antara dua bas persendirian di negeri Tamil Nadu di selatan India, kata polis, lapor Xinhua.
Kemalangan itu dilapor berlaku di sebuah kampung di daerah Tenkasi, kira-kira 550 km barat daya Chennai, ibu kota Tamil Nadu.























