Lima pengganas terbunuh dalam operasi berasaskan perisikan di daerah Lakki Marwat di wilayah Khyber Pakhtunkhwa barat laut Pakistan, kata polis pada Sabtu, berita Xinhua melaporkan.
Menurut polis, lapor Xinhua, operasi itu dijalankan Jabatan Counter Terrorism (CTD) di kawasan Takhti Khel di daerah itu berikutan maklumat yang boleh dipercayai mengenai kehadiran pengganas itu.
Senjata dan peluru turut dirampas, polis dilapor berkata, sambil menambah bahawa tindakan itu mengelakkan kemungkinan serangan di wilayah itu.
Polis dilapor berkata, operasi itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk membongkar rangkaian pelampau yang beroperasi di wilayah itu.























