Lima terbunuh dan lima lagi cedera selepas sebuah van penumpang komersial berlanggar dengan sebuah trak sampah di jalan tol Pekanbaru-Dumai di Wilayah Riau, Indonesia awal Sabtu, menurut berita Xinhua memetik polis tempatan.
Kemalangan itu berlaku sekitar jam 4 pagi waktu tempatan apabila van yang dalam perjalanan dari Pekanbaru ke Dumai, melanggar belakang trak, kata Pengarah Trafik Polis Riau, Jeki Rahmat Mustika, menurut berita Xinhua.



























