Lima orang terbunuh dan tiga lagi hilang selepas sebuah bom meletup di wilayah timur Papua, Indonesia pada Ahad, kata polis tempatan, menurut berita Xinhua.
Letupan itu berlaku pada sebelah petang di sebuah perkampungan padat penduduk, menyebabkan kerosakan teruk pada rumah-rumah berdekatan, polis dilapor berkata kepada media tempatan.
Operasi mencari mangsa hilang telah ditangguhkan semalaman dan dijangka disambung semula pada Isnin.




























