Empat rakyat Palestin, termasuk seorang remaja, terbunuh akibat tembakan Israel di Jalur Gaza pada Khamis, di tengah-tengah seruan agar AS membantu menamatkan penderitaan orang awam di kawasan itu dan memastikan penghantaran bantuan kemanusiaan mencukupi, lapor Xinhua.
Sumber perubatan Palestin berkata, seorang budak lelaki Palestin berusia 13 tahun terbunuh dan dua lagi cedera dalam serangan udara Israel di kawasan Beit Lahia di utara Gaza.
Dalam kejadian berasingan, pasukan penyelamat menemui mayat seorang lelaki yang dibunuh oleh pasukan Israel yang ditempatkan dekat pagar sempadan di pekan Al-Qarara, timur laut Khan Younis di selatan Gaza.
Selain itu, kru ambulans menemui mayat dua rakyat Palestin yang terbunuh akibat tembakan Israel di kawasan al-Mawasi, barat Rafah, yang dikenal pasti sebagai pemandu trak bantuan, lapor Xinhua.
Menurut Xinhua, Pihak Berkuasa Pertahanan Awam di Gaza menyeru AS untuk memperhebatkan usaha antarabangsa bagi menamatkan penderitaan orang awam di kawasan itu.



























