Sekurang-kurangnya empat orang mati ditembak di sebuah bar di Wilayah Barat Laut Cameroon yang dilanda perang semalaman hingga Rabu, menurut saksi dan sumber keselamatan, lapor Xinhua.
Tembakan itu berlaku di kawasan Noni apabila lelaki-lelaki bersenjata, dipercayai pejuang pemisah, tiba di bar dan melepaskan tembakan.
“Pengganas pemisah melepaskan tembakan, menembak di merata tempat, dan dalam proses itu membunuh dua wanita dan dua askar yang sedang minum di bar. Kami telah mengerahkan tentera tambahan ke kawasan itu untuk mengesan penjenayah-penjenayah ini,” kata sumber keselamatan di rantau itu kepada Xinhua, sambil menambah bahawa beberapa orang lain cedera parah.
Wilayah Barat Laut dan Barat Daya Cameroon yang berbahasa Inggeris telah dilanda konflik pemisah bersenjata sejak 2017, dengan kumpulan pemisah berusaha untuk menubuhkan sebuah negara merdeka.



























