Seramai 34 orang cedera apabila bumbung sebuah rumah runtuh semasa majlis perkahwinan di wilayah Kunar, timur Afghanistan pada Isnin, menurut kenyataan kerajaan wilayah pada Selasa, lapor Xinhua.
Sebuah majlis perkahwinan sedang berlangsung di daerah Chapa Dara apabila bumbung sebuah rumah runtuh, menyebabkan 34 orang membabitkan lelaki, wanita dan kanak-kanak cedera, kata kenyataan itu, memetik Abdul Mabin Maftoon, ketua Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Nasional di wilayah itu sebagai berkata, lapor Xinhua.



























