Tiga pejuang dari Pasukan Mobilisasi Popular (PMF) Iraq terbunuh dan beberapa cedera dalam serangan yang menyasarkan markas perintah di barat Iraq, kata kumpulan itu pada Rabu, menurut berita Anadolu.
PMF berkata, serangan itu menghentam markas komander Perintah Operasi Anbar dan Rejimen ke-2 Briged ke-45 di wilayah Anbar, lapor Anadolu memetik Agensi Berita Iraq (INA).
Dalam perkembangan berasingan Anadolu melaporkan, menurut seorang korespondennya, satu letupan dilaporkan di sebuah kemudahan PMF di wilayah Kirkuk. Tiada maklumat segera tersedia mengenai korban atau punca letupan.
Pihak berkuasa Iraq masih belum mengeluarkan kenyataan mengenai serangan terbabit.
PMF, juga dikenali sebagai Hashd al-Shaabi, pada asalnya ditubuhkan pada 14 Jun 2014, sebagai pasukan sukarelawan yang menyokong pasukan keselamatan Iraq dalam memerangi kumpulan pengganas ISIS (Daesh). Ia secara rasminya digabungkan ke dalam angkatan tentera melalui dekri kerajaan pada Julai 2016.
Serangan itu berlaku ketika AS dan Israel meneruskan serangan bersama ke atas Iran sejak 28 Feb lalu.
























