Dua maut selepas sebuah helikopter polis terhempas pada malam Rabu di tempat kejadian tembakan di Flagstaff, negeri Arizona, Amerika Syarikat, berita Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan pada Khamis.
Menurut Xinhua, Jabatan Keselamatan Awam Arizona mengesahkan dalam satu siaran akhbar bahawa helikopter itu sedang bertindak balas terhadap insiden penembak aktif di kawasan Flagstaff untuk menyediakan sokongan udara taktikal apabila ia terhempas, mengorbankan juruterbang dan seorang anggota polis di dalamnya.
Helikopter Bell 407 itu terhempas dekat Flagstaff kira-kira jam 10:15 malam waktu tempatan (1315 GMT Khamis) dan berlaku kebakaran selepas itu, kata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dalam satu kenyataan, lapor Xinhua.
FAA dilapor berkata, ia akan membantu Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan dalam siasatan nahas itu.























