Tujuh orang diselamatkan dan 17 mayat ditemui selepas sebuah bot rosak di luar pantai timur Libya, kata Bulan Sabit Merah Libya lewat Rabu, menurut berita Xinhua.
Dalam satu kenyataan, organisasi itu berkata operasi itu dijalankan oleh sebuah vesel peronda dari pangkalan tentera laut di bandar Tobruk, selepas mereka terkandas di laut selama lapan hari dalam keadaan yang teruk.
Penyelamatan itu, yang dijalankan dengan kerjasama unit tentera laut dan Pengawal Pantai di timur Libya, berlangsung lebih lapan jam, kata kenyataan itu.
Libya kekal sebagai hab transit utama bagi pendatang tanpa izin kerana kedudukannya yang dekat dengan Eropah dan garis pantai Mediterranean yang panjang.
Penyeberangan biasanya meningkat antara Mac dan September, apabila cuaca yang lebih tenang meningkatkan peluang untuk sampai ke pantai utara.



























