Sebelas orang terbunuh dalam konflik antara petani dan gembala di Chad pada Sabtu, menurut berita Xinhua memetik laporan media tempatan.
Keganasan meletus di beberapa kampung di sub-wilayah Kim di wilayah Mayo-Kebbi Timur selepas sekumpulan ternakan memusnahkan sebuah ladang.
Lima orang juga cedera, dan rumah di beberapa kampung dibakar.
Konflik antara petani dan gembala mengenai tanah adalah perkara biasa di Chad. Pertempuran antara kaum yang berulang menyebabkan 3,018 orang terbunuh dan 3,015 cedera di Chad antara 2024 dan 2025, menurut data terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Keselamatan Awam dan Imigresen negara itu, lapor Xinhua.



























