Seorang awam terbunuh setiap 14 minit dalam konflik bersenjata di seluruh dunia tahun lalu, kata ketua unit tindak balas kemanusiaan global PBB pada Rabu, lapor Xinhua.
Edem Wosornu, pengarah operasi dan advokasi Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan, mendedahkan angka itu kepada Majlis Keselamatan semasa perdebatan terbuka mengenai perlindungan orang awam dalam konflik bersenjata.
“Kita tahu jumlah sebenar korban jauh lebih tinggi, di Republik Demokratik Congo, di Sudan, di Ukraine, di wilayah Palestin yang diduduki, dan seterusnya,” katanya, seperti dilaporkan Xinhua.



























