Pesawat perang Israel melancarkan siri serangan udara ke atas Lubnan bermula pada fajar Sabtu, membunuh tiga orang, menurut Anadolu memetik laporan Agensi Berita Kebangsaan (NNA) Lubnan.
Sebuah bangunan kediaman di pekan Mefdoun di selatan kegabenoran Nabatieh telah disasarkan dan dimusnahkan semasa serangan itu.
Tentera Israel juga memusnahkan beberapa bangunan kediaman di Jalan Martyr Sabra dan di kawasan kejiranan Maqam.
Pekan Jebchit juga mengalami serangan udara yang menyasarkan kompleks penjana elektrik swasta, memusnahkan dan membakarnya.























