Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan seorang lagi cedera pada pagi Khamis dalam kejadian tembakan di kawasan luar bandar di wilayah Manabi, barat Ecuador, kata pihak berkuasa tempatan, menurut berita Xinhua.
Serangan itu berlaku di perbandaran Santa Ana, di mana sekumpulan lelaki bersenjata memecah masuk sebuah rumah dan menembak mati enam penduduk, menurut siasatan awal.
Seorang wanita, yang cedera parah dalam serangan itu, telah dipindahkan ke sebuah hospital di Portoviejo, ibu kota Manabi.
Motif tembakan itu masih dalam siasatan.
Manabi telah diisytiharkan darurat sejak Ogos, apabila kerajaan mengenakan langkah itu sebagai tindak balas kepada peningkatan jenayah terancang dikaitkan dengan kartel dadah.
















































