Letupan di saluran paip syarikat milik kerajaan Petroleos Mexicanos di Oaxaca, selatan Mexico, mengorbankan sekurang-kurangnya tiga orang dan mencederakan enam yang lain, kata gabenor Salomon Jara pada Selasa, menurut berita Xinhua.
Menurut Xinhua, dalam catatan media sosial, Jara berkata mangsa yang cedera telah dibawa untuk rawatan perubatan, sambil menambah bahawa letupan itu berlaku di kawasan Loma Larga, di perbandaran El Barrio de la Soledad.
Jara dilapor berkata, anggota bomba segera bertindak balas terhadap kemalangan itu, dan kru kecemasan sedang meneruskan usaha pengurangan risiko dan pembendungan di kawasan itu.
















































