Hampir 200 rumah rosak pada Sabtu apabila puting beliung kecil melanda pekan Mios di barat daya Perancis, menurut berita Anadolu memetik laporan media tempatan.
Anadolu melaporkan, menurut ICI Gironde, angin kencang yang berlarutan beberapa saat melanda kawasan itu sekitar tengah hari, merobohkan bumbung, meruntuhkan dinding, dan menumbangkan pokok.
Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini, menurut penilaian awal.
Perkhidmatan kecemasan dilapor berkata kira-kira 150 anggota bomba telah dikerahkan untuk membantu penduduk terjejas.
Pihak perbandaran Mios telah membuka pusat penerimaan kecemasan untuk mangsa, dan penduduk tempatan juga membantu usaha bantuan dengan menutup bumbung yang rosak, membersihkan pokok tumbang, dan serpihan.
Menurut berita Anadolu, video yang dikongsi di media sosial menunjukkan pokok-pokok runtuh ke jalan, kerusi taman diterbangkan di halaman rumah, dan pelbagai objek berterbangan di udara semasa ribut.

















































