Presiden AS Donald Trump berkata pada Rabu, rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin, masih mahu menamatkan perang dengan Ukraine, menurut laporan Anadolu.
“Dia ingin menamatkan perang,” Trump dilapor berkata kepada pemberita di Rumah Putih.
Kenyataannya dibuat selepas Putin bertemu dengan utusan khas AS Steve Witkoff dan menantu Trump dan penasihat tidak rasmi Jared Kushner di Moscow pada Selasa bagi perbincangan mengenai draf rancangan damai Washington yang disemak untuk Ukraine.
Trump dilapor berkata, dia bercakap dengan Witkoff dan Kushner pada malam Selasa.
“Saya boleh memberitahu anda bahawa mereka mengadakan pertemuan yang agak baik dengan Presiden Putin. Kami akan mengetahuinya,” katanya.
“Apa yang terhasil daripada mesyuarat itu saya tidak boleh beritahu anda,” tambahnya.
















































