Perancis “tidak boleh meluluskan” serangan oleh pasukan AS dan Israel ke atas Iran kerana ia dijalankan di luar undang-undang antarabangsa dan tanpa objektif yang jelas, kata Menteri Luar Jean-Noel Barrot pada Selasa, lapor berita Anadolu.
Bercakap di France 2, Barrot berkata serangan itu tidak mempunyai matlamat strategik yang jelas dan tidak mematuhi piawaian undang-undang antarabangsa.
Barrot menekankan bahawa Perancis tidak terlibat dalam konflik itu.
“Kami tidak meluluskan perang ini, dan kami tidak mengambil bahagian di dalamnya,” katanya.























