Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh apabila sebuah bas yang membawa kira-kira 60 orang terbalik awal Selasa di lebuh raya negeri di barat negeri Alagoas di timur laut Brazil, kata pihak berkuasa, menurut laporan Xinhua.
Kejadian itu berlaku di perbandaran Sao Jose da Tapera ketika bas itu dalam perjalanan pulang dari Ceara ke Alagoas, menurut kerajaan negeri Alagoas, lapor Xinhua.
Maklumat awal menunjukkan mangsa membabitkan tujuh wanita, lima lelaki dan tiga kanak-kanak, manakala mereka yang cedera dibawa ke hospital di rantau itu untuk rawatan.
Saksi dilapor berkata, pemandu hilang kawalan kenderaan sebelum ia terbabas dari jalan raya.
Gabenor Alagoas, Paulo Dantas, mengisytiharkan tiga hari berkabung, menurut berita Xinhua.
















































