Lebih 70 harimau mati “secara misteri” bulan ini di sebuah taman harimau tarikan pelancong di utara Thailand, lapor berita Anadolu memetik Bangkok Post pada Jumaat.
Di taman Tiger Kingdom Chiang Mai yang dikendalikan secara persendirian, penutupan selama dua minggu telah dimulakan susulan kematian itu, dan siasatan juga telah dilancarkan.
Pegawai ternakan wilayah dilapor berkata, kemudahan itu telah mengharamkan semua kemasukan tanpa kebenaran dan memulakan pembasmian kuman di seluruh kemudahan sementara ujian makmal dijalankan ke atas bangkai harimau.
Kematian dilaporkan bermula pada 8 Februari. Andaian awal tertumpu pada ayam mentah yang digunakan sebagai makanan.
Namun, pihak berkuasa berkata punca sebenar masih belum disahkan.
Harimau yang masih hidup telah dipindahkan ke pusat jagaan taman di daerah Mae Taeng, di bahagian utara wilayah Chiang Mai, untuk pemantauan rapi.
Menurut Kritsayarm Kongsatri, pengarah Pejabat Wilayah Kawasan Perlindungan, kehilangan begitu banyak haiwan dalam tempoh singkat adalah “sangat luar biasa”.
















































