Sekurang-kurangnya 1,262 rakyat Iran yang tinggal di Dubai telah kembali ke Iran sejak perang bermula, menurut berita Aljazeera memetik laporan agensi berita separa rasmi Tasnim.
Dengan penerbangan terus ke Iran ditutup, mereka yang pulang terbang melalui Afghanistan dan Armenia.
Kerajaan Iran telah mengemukakan permintaan kepada UAE untuk memindahkan lebih ramai rakyatnya melalui kapal, serta laluan penerbangan khusus.
Seperti dilaporkan sebelum ini, menurut Aljazeera, penerbangan berpangkalan di Dubai, Emirates dan Flydubai, telah menyatakan bahawa warga Iran tidak dibenarkan masuk atau transit melalui UAE.























