Kedutaan Iran di Austria menuduh ketua dasar luar Kesatuan Eropah (EU), Kaja Kallas, hipokrit atas pendiriannya mengenai krisis Selat Hormuz, lapor Aljazeera.
Kedutaan itu bertindak balas selepas Kallas memberitahu Menteri Luar China, Wang Yi bahawa memulihkan “kebebasan navigasi bebas tol” di selat itu adalah “keutamaan segera” dan menyalahkan serangan Iran ke atas perkapalan kerana menyebabkan lalu lintas hampir terhenti.
Dalam dua catatan, kedutaan itu menuduh Kallas mengabaikan “serangan agresif oleh gabungan jahat Amerika-Israel terhadap Iran” sambil mengutuk apa yang dikatakannya sebagai “semata-mata tindakan pertahanan” Tehran.
Ia juga mencabarnya atas dasar undang-undang, dengan menyatakan bahawa Kallas telah menggesa Iran untuk menghormati Konvensyen PBB mengenai Undang-undang Laut, yang mana Iran tidak menyertainya.
“Penasihat jenis apakah yang mengelilinginya? Sekumpulan boneka “yes-men” (mengatakan ya saja) yang tidak bertulang, tidak berbeza dengan penjilat yang mengelilingi Trump?” tulis kedutaan itu.
Kedutaan itu menambah bahawa Iran telah menghormati Perjanjian Pengawalan Nuklear, namun “kemudahan nuklearnya yang aman dan terjamin masih diserang.”























