Kedutaan AS di ibu negara Jordan, Amman, berkata ia memindahkan kakitangannya sementara kerana ancaman yang tidak dinyatakan, lapor Aljazeera.
“Atas dasar berjaga-jaga, semua kakitangan di kedutaan AS telah meninggalkan perkarangan kedutaan buat sementara waktu kerana ancaman,” katanya dalam amaran keselamatan yang disiarkan di media sosial, lapor Aljazeera dalam kemas kininya.
Jordan adalah antara negara di Timur Tengah yang telah bertindak balas terhadap serangan balas Iran terhadap kempen bersama AS-Israel yang membunuh Pemimpin Agungnya Ayatollah Ali Khamenei.
















































