Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengumumkan ia melancarkan serangan ke atas pusat pengkomputeran awan Amazon di Bahrain, menurut Aljazeera memetik laporan agensi berita IRNA.
“Tindak balas ini merupakan amaran praktikal pertama kepada musuh bahawa jika amaran-amaran itu diabaikan dan pembunuhan berterusan, kami akan menghukum syarikat-syarikat seterusnya yang telah kami umumkan dengan lebih berat, dan tanggungjawab untuk kemusnahan sepenuhnya syarikat-syarikat ini di rantau ini terletak pada Presiden AS sendiri,” IRNA memetik IRGC sebagai berkata.























