Seorang pegawai kanan Pengawal Revolusi Iran berkata pada Isnin, Selat Hormuz ditutup dan Iran akan menembak mana-mana kapal yang cuba melaluinya, menurut berita Reuters memetik laporan media Iran.
Ini adalah amaran paling jelas Iran sejak memberitahu kapal-kapal bahawa ia menutup laluan eksport pada Sabtu, satu langkah yang mengancam untuk menyekat seperlima aliran minyak global dan menyebabkan harga minyak mentah meningkat mendadak.
“Selat (Hormuz) ditutup. Jika sesiapa cuba melaluinya, wira Pengawal Revolusi dan tentera laut tetap akan membakar kapal-kapal terbabit,” kata Ebrahim Jabari, penasihat kanan kepada panglima komander Pengawal, dalam kenyataan disiarkan oleh media kerajaan, menurut Reuters.
Selat itu adalah laluan eksport minyak paling penting di dunia, yang menghubungkan pengeluar minyak Teluk terbesar, seperti Arab Saudi, Iran, Iraq dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), dengan Teluk Oman dan Laut Arab.
Penutupan itu dicetuskan oleh serangan AS dan Israel ke atas Iran pada 28 Februari lalu.
















































