Menteri Luar Sepanyol Jose Manuel Albares berkata, “tiada bukti” untuk menyokong tuduhan Israel terhadap dua aktivis ditahan yang diculik ketika berada dalam sebuah armada yang cuba membawa bantuan ke Gaza, menurut berita Al Jazeera.
Pihak berkuasa Israel menuduh lelaki-lelaki terbabit “bersekongkol dengan musuh semasa perang”, menghubungi ejen asing dan menyokong “organisasi pengganas”, lapor Al Jazeera.
“Tiada bukti atau sebarang kaitan dengan apa yang didakwa oleh pihak berkuasa Israel,” kata Albares kepada penyiar awam Sepanyol RTVE, menurut Al Jazeera.
Saif Abu Keshek warga Sepanyol-Palestin dan Thiago Avila warga Brazil, dilapor ditahan oleh pasukan Israel di perairan antarabangsa dekat pulau Crete di Greece, kira-kira 1,000km (540 batu nautika) dari Gaza.
Albares dilapor berkata, Sepanyol dan Brazil sedang menyelaraskan tindak balas bersama tetapi enggan menyatakan langkah-langkah yang mungkin.
“Saya tidak mahu mengatakan apa-apa yang boleh memburukkan lagi keadaan Saif,” katanya, sambil menambah kedua-dua negara tidak akan “meninggalkan” warganegaranya.
Dia menyifatkan penangkapan itu sebagai “benar-benar menyalahi undang-undang”.