Kumpulan Lubnan disokong Iran itu menyediakan beberapa maklumat terkini mengenai serangan ke atas tentera dan peralatan Israel di selatan Lubnan, menurut Al Jazeera.
Hizbullah berkata, ia menyasarkan askar dan kenderaan Israel di kawasan pantai strategik Biyyada, sambil turut menyerang kereta kebal dengan dron di pekan al-Qaouzah.
Menurut Al Jazeera, dalam maklumat terkini selanjutnya, kumpulan itu berkata ia menyerang jentolak Israel di pekan Deir Siryan dan Rashaf.
Pada masa ini terdapat gencatan senjata antara Israel dan Lubnan namun pertempuran berterusan.
