Tentera Israel mengatakan tentera udaranya melakukan gelombang serangan lain ke atas sasaran di pinggir bandar selatan Beirut, lapor Aljazeera.
Menurut Aljazeera, tentera itu dalam satu kenyataan mendakwa ia menyerang Hezbollah dan pusat perintah Dahiyeh yang dikaitkan dengan Iran.
Menurut tentera Israel, sasaran itu termasuk pusat perintah yang digunakan oleh Tentera Udara Kor Pengawal Revolusi Islam, pusat perintah yang digunakan oleh unit tentera laut Hezbollah, pusat perintah yang dikaitkan dengan unit kewangan Hezbollah, dan tapak yang digunakan oleh majlis operasi kumpulan itu.
Israel menyeru pemindahan besar-besaran Dahiyeh semalam, menyebabkan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal.
Ia berlaku selepas menteri haluan kanan Israel, Smotrich, memberi amaran bahawa kawasan Dahiyeh tidak lama lagi akan kelihatan “seperti Khan Younis”, sebuah bandar di selatan Gaza yang telah musnah dalam perang genosid Israel terhadap rakyat Palestin di wilayah terbabit.