• Tentera Israel pintas peluru berpandu Iran sasar selatan Israel

    Menurut Aljazeera, media Israel mengatakan serangan itu mencetuskan penggera di seluruh selatan Israel, termasuk di Beersheba beberapa ketika lalu, berakhir dengan pemintasan yang berjaya.

    Tiada korban dilaporkan, Aljazeera memetik Channel 12.

    Ia merupakan yang terbaru dalam siri serangan Iran menyasarkan Israel pagi ini.

  • UAE bertindak balas terhadap serangan sasar syarikat telekomunikasi

    Pihak berkuasa di Fujairah bertindak balas selepas dron dilancarkan dari Iran menyasarkan bangunan milik syarikat telekomunikasi Du, menurut Aljazeera memetik laporan agensi berita WAM dikendalikan oleh kerajaan.

    Tiada kecederaan dilaporkan.

  • Arab Saudi musnahkan 2 dron

    Kementerian Pertahanan Saudi mengatakan dron terbabit telah dipintas dalam beberapa jam kebelakangan ini, tanpa mengulas lanjut, lapor Aljazeera.

  • Israel bom selatan Lubnan

    Menurut Aljazeera, rakan sekerjanya di Al Jazeera Arabic mengatakan terdapat serangan dron Israel ke atas pekan Kfar Rumman di selatan Lubnan.

  • Iran beri amaran tindak balas dahsyat jika infrastruktur awam diserang

    Iran pada Isnin memberi amaran tindakan balas yang “jauh lebih dahsyat” dan meluas jika sasaran awamnya diserang lebih lanjut, lapor Xinhua.

    “Jika serangan ke atas sasaran awam diulangi, peringkat seterusnya operasi serangan dan tindakan balas kami akan menjadi jauh lebih dahsyat dan meluas,” kata jurucakap Ibu Pejabat Pusat Khatam al-Anbiya.

    Terdahulu, Presiden AS Donald Trump mengancam untuk memusnahkan infrastruktur awam Iran jika Selat Hormuz kekal ditutup.

    Dalam perkembangan lain, Ali Akbar Velayati, penasihat pemimpin tertinggi Iran, memberi amaran pada Ahad bahawa barisan penentang boleh menyasarkan Selat Bab el-Mandeb.

    “Jika Rumah Putih berfikir untuk mengulangi kesilapan bodohnya, ia akan segera menyedari bahawa aliran tenaga dan perdagangan global boleh terganggu dengan satu isyarat,” kata Velayati di media sosial, membayangkan kemungkinan penutupan laluan air itu.

    Menghubungkan Laut Merah ke Teluk Aden, Selat Bab el-Mandeb merupakan titik tersumbat utama untuk perkapalan antara Atlantik, Lautan Hindi dan Mediterranean.

  • Enam kanak-kanak terbunuh dalam serangan AS-Israel ke atas wilayah Tehran

    Menurut Aljazeera, agensi berita Fars melaporkan empat kanak-kanak perempuan dan dua kanak-kanak lelaki di bawah umur 10 tahun terbunuh dalam serangan AS-Israel ke atas wilayah Tehran semalaman.

    Ia menyiarkan kemas kini yang merujuk kepada serangan terdahulu ke atas kawasan perumahan di Daerah Baharestan di wilayah itu. Ia telah melaporkan bahawa 13 orang terbunuh dalam serangan itu.

  • Israel membunyikan siren susulan lebih banyak peluru berpandu Iran

    Siren serangan udara berdentum di tengah Israel selepas tentera Israel berkata ia telah mengesan lebih banyak peluru berpandu yang dilancarkan dari Iran, lapor Aljazeera.

  • Serangan AS-Israel merosakkan masjid, stesen minyak dekat universiti Tehran

    Menurut Aljazera, ia telah melaporkan serangan AS-Israel di sekitar Universiti Teknologi Sharif Tehran.

    Ia mengatakan menurut media Iran, serangan itu merosakkan stesen minyak universiti, menyebabkan gangguan bekalan gas di kawasan kejiranan.

    Ia juga menyebabkan kerosakan pada masjid universiti, menurut Aljazeera memetik laporan agensi berita Tasnim, menyiarkan gambar tingkap dan siling yang pecah di dalam bangunan.

    Terdahulu, seorang jurucakap kerajaan dilapor berkata, bahawa berpuluh-puluh universiti, sekolah dan institusi penyelidikan telah diserang oleh pasukan AS-Israel sejak perang bermula pada 28 Feb lalu.

  • Serangan AS-Israel ke atas Tehran membunuh 4 orang, mencederakan 7 orang

    Menurut Aljazeera, agensi berita Mehr melaporkan serangan AS-Israel melanda kawasan perumahan di timur Tehran, membunuh sekurang-kurangnya empat orang dan mencederakan tujuh orang lain.

    Menurut Mehr, tiga unit kediaman telah “musnah sepenuhnya” dalam serangan itu, manakala 50 bangunan lain rosak teruk.

    Petugas penyelamat masih mencari mangsa yang terselamat susulan serangan itu, tambahnya.

    Ini berlaku selepas agensi berita Fars dan Tasnim melaporkan bahawa serangan AS-Israel ke atas kawasan perumahan di Daerah Baharestan, Tehran telah membunuh sekurang-kurangnya 13 orang.

  • Dua mayat ditemui dari runtuhan di Haifa, Israel

    Aljazeera telah melaporkan usaha pencarian Israel untuk empat orang yang hilang susulan serangan Iran ke atas Haifa.

    Menurutnya, penyiar Channel 12 kini melaporkan bahawa mayat dua orang telah ditemui dari runtuhan di sana.

  • Pasukan Israel bunuh 2 rakyat Palestin di Gaza

    Memandangkan perhatian dunia masih tertumpu pada perang ke atas Iran, Israel meneruskan serangan genosidnya di Gaza, menurut Aljazeera.

    Aljazeera memetik agensi berita Wafa, seorang rakyat Palestin telah terbunuh, dan yang lain cedera dalam serangan Israel ke atas sekumpulan orang awam dekat Stadium Yarmouk di bandar Gaza pada malam Ahad.

    Seorang lagi rakyat Palestin, seorang pemuda berkeperluan khas, juga ditembak mati oleh tentera Israel dekat kawasan Lemon Tree di selatan bandar Khan Younis. Mayatnya dibawa ke Kompleks Perubatan Nasser.

    Pembunuhan terbaru itu berlaku ketika pihak berkuasa kesihatan di Gaza mengatakan jumlah kematian akibat serangan Israel di wilayah dilanda perang itu sejak gencatan senjata pada Oktober tahun lalu telah meningkat kepada 716. Secara keseluruhan, perang genosid Israel ke atas Gaza, yang dilancarkan pada Oktober 2023, telah membunuh sekurang-kurangnya 72,292 rakyat Palestin.

  • Serangan AS-Israel mengorbankan 13 orang di Baharestan, Iran

    Menurut Aljazeera, agensi berita Fars mengatakan pasukan AS dan Israel telah mengebom dua unit kediaman di pekan Qaleh Mir di daerah Baharestan, membunuh sekurang-kurangnya 13 orang.

    Daerah itu merupakan kawasan yang padat penduduknya di wilayah Tehran.

    Gabenor Baharestan memberitahu Fars bahawa operasi penyingkiran serpihan dan pencarian untuk menyelamatkan sesiapa sahaja yang berpotensi terperangkap di dalam runtuhan sedang dijalankan.

  • Iran dilapor lancar lebih 10 peluru berpandu ke atas Israel

    Menurut Aljazeera, penyiar Channel 12 melaporkan Iran melancarkan lebih daripada 10 peluru berpandu, termasuk satu dengan kepala peledak yang berpecah-pelah, dalam serangan terbarunya ke atas Israel.

    Serangan itu berlaku dalam tiga gelombang dan mencetuskan siren di tengah Israel, katanya.

    Seorang wanita, berusia 90-an, cedera ketika berada di tempat perlindungan dan berada dalam “keadaan serius,” lapornya, memetik perkhidmatan ambulans Israel.

  • Usaha menyelamat dijalankan di Tehran susulan serangan udara AS-Israel

    Menurut Aljazeera, Persatuan Bulan Sabit Merah Iran (IRCS) berkata pekerja bantuannya dikerahkan di ibu negara Iran selepas satu lagi serangan udara AS-Israel.

    Dalam satu catatan di X, IRCS dilapor berkata, satu kawasan perumahan telah dihentam dan pekerja bantuan “cuba menyelamatkan rakan senegara mereka”.

  • Letupan dilihat di Sulaimaniyah, Iraq selepas serangan dron

    Menurut Aljazeera, rakaman yang disahkan olehnya, menunjukkan api dan asap di langit di bandar Sulaimaniyah di wilayah Kurdish utara Iraq susulan serangan dron.

  • Israel kata Iran lancar gelombang peluru berpandu baharu terhadapnya

    Tentera Israel mengatakan ia telah mengenal pasti satu lagi tembakan serentak peluru berpandu dilancarkan dari Iran, lapor Aljazeera.

    “Sistem pertahanan beroperasi untuk memintas ancaman itu,” katanya dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa amaran telefon bimbit telah dikeluarkan.

  • Sekurang-kurang 5 terbunuh dalam serangan AS-Israel ke atas bangunan kediaman di Qom, Iran

    Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dalam serangan AS-Israel ke atas sebuah bangunan kediaman di bandar Qom, Iran, lapor Aljazeera memetik seorang pegawai tempatan.

    Morteza Heydari, timbalan politik dan keselamatan gabenor Qom, dilapor berkata usaha menyelamat sedang dijalankan sementara pasukan berusaha untuk membuang serpihan susulan serangan itu.

  • 8 terbunuh, 55 cedera dalam serangan Israel ke atas Beirut

    Aljazeera melaporkan, menurut rakan sekerjanya di Al Jazeera Arabic jumlah kematian akibat serangan Israel ke atas Jnah dan Ain Saadeh di Beirut meningkat kepada lapan orang, dengan 55 orang cedera.

    Serangan ke atas Jnah mengorbankan lima orang, termasuk seorang gadis berusia 15 tahun, dan mencederakan 52 orang lain, termasuk lapan kanak-kanak.

    Serangan di bukit Ain Saadeh di daerah Matn mengorbankan tiga orang, termasuk dua wanita, dan mencederakan tiga orang lain – semua wanita.

  • Tentera Kuwait kata sistem pertahanan udara pintas ancaman peluru berpandu dan dron

    Staf Am Tentera Kuwait berkata sistem pertahanan udara memintas serangan dron musuh dan peluru berpandu, lapor Al Jazeera.

    Dalam satu kenyataan, tentera berkata bunyi sebarang letupan yang didengari adalah hasil daripada pintasan.

  • UAE kata pertahanan udara bertindak balas terhadap ancaman peluru berpandu dan dron

    Kementerian Pertahanan Emiriah Arab Bersatu (UAE) berkata sistem pertahanan udara negara itu bertindak balas terhadap ancaman peluru berpandu dan dron, lapor Aljazeera.

    Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata bunyi yang kedengaran di langit adalah hasil daripada pintasan yang berterusan.