• Angka maut di Iran cecah 1,332

    Sekurang-kurangnya 1,332 orang di Iran telah terbunuh akibat serangan AS-Israel sejak Sabtu, lapor Bulan Sabit Merah Iran, menurut berita Aljazeera.

  • Serangan AS, Israel membunuh 20 orang di Shiraz, Iran

    Jalil Hasani, timbalan gabenor wilayah Fars, Iran, berkata serangan AS dan Israel baru-baru ini telah membunuh 20 orang dan mencederakan 30 orang di bandar Shiraz, lapor Aljazeera.

    Dia dipetik dalam media kerajaan Iran sebagai berkata serangan itu berlaku di kawasan perumahan di kawasan Zibashahr di bandar itu, membunuh “warganegara yang tidak bersalah”.

  • IRGC kata ia tembak jatuh dron Heron Israel di atas Isfahan

    Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengatakan ia menembak jatuh dron Heron Israel yang terbang di atas bandar tengah Isfahan, berita Aljazeera memetik laporan Tehran Times.

    Dron Heron merupakan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) terbesar Israel dan mula digunakan pada 2007.

  • Enam cedera dalam serangan Israel ke atas wilayah Lorestan, Iran

    Sekurang-kurangnya enam orang cedera akibat serangan peluru berpandu Israel ke atas kawasan perumahan di bandar Poldokhtar, Iran di wilayah Lorestan, berita Aljazeera memetik laporan agensi berita Tasnim.

  • Tentera Israel kata ia musnahkan enam pelancar peluru berpandu balistik Iran semalaman

    Tentera Israel mengatakan tentera udaranya telah menghentam enam pelancar peluru berpandu Iran semalaman, memusnahkannya sebelum ia menembak wilayah Israel.

    Tentera Israel juga mendakwa ia memusnahkan “tiga sistem pertahanan Iran yang canggih” dalam serangan baru-baru ini.

  • Hizbullah serang tentera Israel di selatan Lubnan

    Hizbullah mengatakan ia telah menyerang sekumpulan kenderaan tentera Israel yang mara ke arah pekan Khiam di selatan Lubnan.

  • Dua paramedik dilapor terbunuh di Shiraz, Iran

    Menurut Aljazeera, agensi berita Tasnim Iran melaporkan serangan AS-Israel telah membunuh dua paramedik di bandar Shiraz, Iran.

    Ia mengatakan dua responder kecemasan bekerja di pangkalan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMS) Shiraz.

  • Dua dron dilapor musnah di Lorestan dan dekat Tehran

    Menurut Aljazeera, televisyen Iran melaporkan kemusnahan dron MQ-9 di langit Lorestan dan satu lagi dron Hermes di sekitar Tehran.

  • Jepun kata dua warga ditahan di Iran

    Menteri Luar Jepun Toshimitsu Motegi telah mengumumkan bahawa dua warganegara Jepun ditahan di Iran, dan dia berikrar untuk bekerjasama melalui saluran diplomatik bagi mendapatkan pembebasan awal mereka, lapor Aljazeera.

    Motegi memberitahu parlimen bahawa kerajaan dapat berkomunikasi dengan kedua-dua individu terbabit dan mengesahkan bahawa mereka kini selamat.

    Menurut agensi berita Kyodo Jepun, lapor Aljazeera, salah seorang daripada mereka dipercayai ketua biro Tehran bagi penyiar awam NHK, Shinnosuke Kawashima.

    Identiti orang Jepun kedua yang ditahan dan butiran penahanan itu tidak jelas.

  • Lebih 3,000 rumah di Iran rosak akibat serangan AS-Israel

    Pir Hossein Kolivand, presiden Persatuan Bulan Sabit Merah Iran berkata, serangan AS-Israel telah merosakkan 3,643 tapak awam, termasuk 3,090 rumah, lapor Aljazeera.

    Turut rosak ialah 528 pusat komersial dan perkhidmatan, 14 kemudahan perubatan atau farmaseutikal dan sembilan kemudahan Bulan Sabit Merah, katanya.

    Kebanyakan sasaran, tambahnya, berada di “kawasan kediaman yang padat penduduk”.

  • Kumpulan bersenjata Iraq dakwa serangan dron ke atas Jordan

    Kumpulan bersenjata Iraq Saraya Awliya al-Dam mengaku bertanggungjawab atas serangan dron terhadap sasaran “penting” di Jordan, lapor Aljazeera.

    Menurut Aljazeera, dalam satu kenyataan disiarkan di saluran Telegram kumpulan itu awal hari ini, kumpulan itu mengisytiharkan bahawa serangan itu adalah sebagai tindak balas kepada pembunuhan pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.

    Kumpulan itu tidak memberikan butiran lanjut, dan menurut Al Jazeera, ia tidak dapat mengesahkan dakwaan mereka secara bebas.

    Menurut Aljazeera, terdahulu pada Jumaat, Al Jazeera Arabic melaporkan siren serangan udara telah berbunyi di bandar Aqaba, Jordan.

  • Dron ditembak jatuh di Jordan

    Pertahanan udara telah menembak jatuh beberapa dron di bandar Irbid, Jordan, lapor Aljazeera memetik korespondennya di lapangan.

  • Akademi tentera dilaporkan dihentam di Tehran

    Sebuah akademi tentera milik tentera Iran dilaporkan merupakan salah satu tempat yang diserang pagi ini di tengah Tehran, lapor Aljazeera.

    Ia berlaku semasa seorang wartawan dari penyiar negara melaporkan secara langsung dekat lokasi terbabit.

  • UNICEF kata hampir 200 kanak-kanak terbunuh dalam serangan sejak Sabtu

    Hampir 200 kanak-kanak dilaporkan terbunuh di seluruh Timur Tengah sejak peningkatan ketenteraan AS dan Israel terhadap Iran pada hujung minggu, menurut UNICEF, lapor Aljazeera.

    Sekurang-kurangnya 181 telah terbunuh di Iran, tujuh di Lubnan, tiga di Israel dan satu di Kuwait, katanya.

    “Kanak-kanak tidak memulakan peperangan, tetapi mereka membayar harga yang sangat tinggi. Peningkatan ketenteraan di seluruh Timur Tengah telah memberi kesan buruk kepada kanak-kanak,” kata UNICEF.

    Pada hari pertama serangan AS dan Israel ke atas Iran, sebuah sekolah perempuan telah diserang di Minab, selatan Iran, membunuh sekurang-kurangnya 175 kanak-kanak sekolah, menurut IRGC, lapor Aljazeera.

  • Serangan udara Israel landa pekan di selatan Lubnan

    Serangan udara Israel telah melanda pekan Kfar Roummane, Habbouch dan Srifa di selatan Lubnan, menurut Aljazeera dilaporkan rakan sekerjanya di lapangan.

  • Pesawat perang, letupan kedengaran di Tehran

    Pesawat pejuang kedengaran di langit ibu negara Iran serta bunyi letupan, menurut Aljazeera dilapor oleh korespondennya di Tehran.

  • Siren serangan udara berbunyi di seluruh Kuwait di tengah-tengah laporan letupan kuat

    Aljazeera melaporkan, rakan sekerjanya di Al Jazeera Arabic melaporkan bahawa siren serangan udara telah mula meraung di seluruh Kuwait, serentak dengan bunyi letupan kuat.

  • Tiga rakyat Australia menaiki kapal selam AS yang menenggelamkan kapal Iran – PM Albanese

    Tiga warga Australia berada di daam kapal selam AS berkuasa nuklear yang menghentam kapal tentera Iran di Lautan Hindi dekat Sri Lanka, kata Perdana Menteri Australia Anthony Albanese dalam satu temu bual dengan Sky News, lapor Aljazeera.

    “Kami biasanya tidak akan mengesahkan isu sedemikian, tetapi berdasarkan mesyuarat NSC [Jawatankuasa Keselamatan Negara] kami dan kepentingan awam, saya boleh mengesahkan bahawa terdapat tiga orang Australia di dalam kapal itu, saya juga boleh mengesahkan bahawa tiada kakitangan Australia yang mengambil bahagian dalam sebarang tindakan serangan terhadap Iran,” Albanese dipetik sebagai berkata.

    Dia menambah bahawa ketiga-tiga rakyat Australia itu “mendapatkan pengalaman” dengan tentera bersekutu sebagai sebahagian daripada pakatan tentera tiga hala Australia-UK-AS, yang dikenali sebagai AUKUS.

    Sekurang-kurangnya 87 kelasi Iran terbunuh dan 32 yang lain diselamatkan apabila AS melancarkan serangan torpedo tanpa provokasi ke atas kapal frigat Iran IRIS Dena.

    Beberapa kelasi masih hilang selepas serangan AS.

  • Harga minyak turun lebih daripada 2% dalam perdagangan awal Asia

    Walaupun konflik berterusan di Timur Tengah dan ancaman kepada bekalan bahan api global, harga minyak telah jatuh lebih daripada dua peratus dalam perdagangan awal Asia selepas keuntungan kukuh sejak kebelakangan ini, lapor Aljazeera.

    West Texas Intermediate turun 2.09 peratus pada $79.32 setong sekitar 00:15 GMT pada Jumaat, setelah melonjak 8.5 peratus pada Khamis kepada $81.01, menurut data terkini yang dilaporkan oleh agensi berita AFP, lapor Aljazeera.

    Di pasaran saham, indeks Nikkei Jepun turun 0.8 peratus sejurus selepas pembukaan pada Jumaat, manakala penanda aras Korea Selatan, Kospi, jatuh 1.2 peratus.

  • Serbuan baharu Israel dilaporkan di pinggir bandar selatan Beirut

    Aljazeera melaporkan, ia menerima laporan daripada rakan sekerjanya Al Jazeera Arabic bahawa Israel melancarkan sekurang-kurangnya dua lagi serbuan yang menyasarkan pinggir bandar selatan ibu kota Lubnan, Beirut.

    Menurutnya, akhbar N12 News Israel juga melaporkan tentera Israel telah melancarkan serangan baharu ke atas Lubnan. Tetapi ia tidak menyatakan kawasan mana di negara itu yang disasarkan.