Benedetto “Nitto” Santapaola, seorang ketua mafia Sicily yang terkenal dan dipenjarakan selama lebih tiga dekad, meninggal dunia pada usia 87 tahun, lapor Reuters memetik dua sumber yang rapat dengan perkara itu pada Isnin.
Santapaola, yang ditangkap pada 1993 dan menjalani pelbagai hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh dan jenayah lain, meninggal dunia di penjara kawalan keselamatan tinggi di Milan, kata salah satu daripada dua sumber terbabit, menurut Reuters.
Santapaola, yang dikenali sebagai “il cacciatore” (pemburu) atau “il licantropo” (serigala jadian), mengetuai mafia di bandar Catania di timur Sicily dari akhir 1970-an hingga awal 1990-an.
Dia telah dibicarakan dan disabitkan kesalahan sebagai salah seorang penghasut pembunuhan Giovanni Falcone dan Paolo Borsellino pada tahun 1992, dua pendakwa raya anti-mafia paling terkenal di Itali.
















































