Tentera AS membunuh tiga lelaki dalam satu serangan ke atas sebuah kapal yang disyaki dadah di perairan antarabangsa di Caribbean pada Khamis, kata Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth, Reuters melaporkan.
Hegseth, dilapor berkata dalam satu catatan di laman X, kapal itu dikendalikan oleh “organisasi pengganas yang ditetapkan” tetapi tidak memberikan bukti lanjut.
Menurut Reuters, catatannya termasuk klip video 20 saat, ditanda tidak dikelaskan, sebuah bot di dalam air yang kena peluru dan meletup.
Tindakan ketenteraan itu dikatakan yang terbaru daripada lebih sedozen serangan AS sejak September ke atas kapal dekat pantai Venezuela dan, baru-baru ini, di timur Lautan Pasifik, yang telah membunuh lebih daripada 60 orang.
















































